MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Tempat Pelancongan | Tempat Membeli-belah | Tempat Penginapan | Makanan | Peta Melaka
Tempat Penginapan

Hotel Casa Del Rio terletak di Jalan Laksamana 1, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca, Malaka, Malaysia.

Hotel Casa Del Rio di Melaka adalah sebuah hotel mewah berkonsepkan hotel butik Peranakan-Mediterranean dengan 66 bilik.

Terletak di pesisir sungai Melaka, hotel yang popular di kalangan pelancong asing yang berpoket tebal ini juga letaknya hanya 5 minit berjalan kaki ke Jonker Street.

Dengan balkoni pada setiap bilik, kolam renang infiniti dan bilik yang luas, Casa Del Rio Melaka ini sesuai untuk mereka yang berbulan madu dan ingin diulit kemewahan dan keselesaan.


Hotel Hatten di Jalan Merdeka, 75000 Malacca, Malaka, Malaysia.

Hotel Hatten yang terletak di lokasi ideal di Dataran Pahlawan, Melaka adalah sebuah hotel moden yang baru dibuka pada tahun 2012.

Dengan lokasinya ini, anda boleh ke dua pusat beli belah terkenal serta melihat tarikan di tengah bandar Melaka hanya dengan berjalan kaki.

Apa yang menariknya lagi ialah hotel ini juga menawarkan bilik suite di setiap hujung tingkat. Bilik-bilik lebih besar ini dilengkapi dengan dapur, bilik berasingan dan ruang tamu — cukup sesuai untuk yang datang dengan keluarga.


Hotel Equatorial Melaka adalah sebuah hotel antarabangsa popular yang letaknya hanya 100 meter dari kota A Famosa.

Oleh kerana lokasinya ini, anda hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja jika anda ingin melihat tempat menarik, mencari kedai makan atau ingin membeli belah di Dataran Pahlawan.

Jika anda datang berkeluarga, hotel ini adalah antara yang terbaik di Melaka kerana selain lokasinya yang baik, biliknya juga besar. Ia juga mempunyai kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.


 

Hotel Seri Costa Melaka ialah sebuah hotel dengan 147 bilik di tengah-tengah bandar Melaka.

Bilik di sini agak kecil. Dan oleh kerana ia bukannya hotel yang baru, kebanyakan kemudahan sudah berusia.

Namun begitu, untuk mereka yang hanya inginkan tempat bermalam sederhana yang dekat dengan tempat tarikan, kedai makan dan pusat beli belah, ia adalah satu hotel di dalam bandar yang bakal menepati kehendak anda.